![]() |
TESTIMONIAL AHLI PAKEJ
Pakej Pembelajaran dan Penilaian Online Tutor.Com.My menyediakan banyak maklumat tambahan tentang subjek-subjek termasuk ribuan soalan latih tubi. Nota-notanya ringkas dan padat serta senang diingat. Soalan-soalan yang disediakan juga meliputi pelbagai topik/tajuk, termasuk ujian secara online. Ini banyak melatih pelajar-pelajar mahir dalam teknik-teknik menjawab sebagaimana yang dikehendaki oleh soalan
Muhammad Faisal Bin Maarif |
Saya sentiasa mencabar diri dengan soalan-soalan Pakej Pembelajaran dan Penilaian Online Tutor.Com.My menjelang UPSR. Paling mencabar ialah menaip untuk semua kertas 2. Alhamdulillah, saya berjaya mendapat tempat pertama dan semuanya ini mendorong saya untuk lebih berusaha memperbaiki kesilapan serta berkeyakinan tinggi ketika menghadapi UPSR lalu. Matlamat saya untuk menjadi pelajar MRSM 2008. Saya percaya rakan-rakan semua bersetuju...Tutor Ada Cara !
Mohamad Nor Aidil Bin Puzi |
Pakej Pembelajaran dan Penilaian Online Tutor.Com.My membantu saya membuat ulangkaji secara topikal dan secara keseluruhan melalui ujian-ujian yang terdapat dalam pakej ini. Saya lebih suka kerana ia memberi peluang kepada cara pembelajaran yang lebih terkini, menyeronokkan dan berkesan. Soalan yang dikemukan dalam ujian dan peperiksaan adalah pelbagai aras, ada yang senang dan ada yang sukar namun ini mencabar minda saya bahawa banyak lagi jenis soalan yang belum saya terokai.
Nur Adnin Shereen Binti A.Halim |
Pakej Pembelajaran dan Penilaian Online Tutor.Com.My dapat menguji kefahaman pelajar tanpa menimbulkan rasa bosan kerana ia dibuat secara interaktif. Di samping itu, Pakej ini juga cukup lengkap dan memenuhi sukatan pelajaran yang diberikan di sekolah. Soalan-soalan dalam pakej ini juga amat mencabar dan membantu saya mengulangkaji pelajaran dengan lebih sistematik.
Nurul Natasya Binti Azman |
Pakej Pembelajaran dan Penilaian Online Tutor.Com.My membantu saya mencapai kejayaan kerana saya berupaya untuk membuat banyak latihan dalam menjawab soalan dalam masa yang ditentukan. Soalan-soalan ujian dan peperiksaannya pula adalah setaraf dengan soalan-soalan dalam peperiksaan sebenar dan kadangkala lebih rumit.
Hisham Rashid Bin Aminurrashid |
Saya amat terkejut apabila mengetahui keputusan peperiksaan Battle of the Brains UPSR tersebut. Saya tidak menduga bahawa saya akan mendapat keputusan seperti itu kerana terdapat beberapa kesilapan yang telah saya lakukan. Tambahan pula, di luar sana ramai rakan-rakan yang berkebolehan. Bagi saya, soalan-soalan tersebut mencabar terutamanya subjek Sains. Pakej Pembelajaran dan Penilaian Online Tutor.Com.My ini telah dapat membantu saya menguasai sesuatu subjek. Tambahan pula saya dapat mencuba pelbagai tahap soalan. Nor Alia Hazwa binti Mohd Azhar |
Pakej Pembelajaran dan Penilaian Online Tutor.Com.My memang membantu saya belajar dengan baik kerana saya dapat mengulangkaji dengan lebih sistematik dan berkesan. Battle of the Brains yang saya sertai pula sangat mencabar minda. Saya ingin menggalakkan rakan-rakan yang lain mengikuti pakej ini dari awal lagi kerana ia dapat membaiki kelemahan dalam mata pelajaran.
Fatin Khalidah |
Pakej ini dapat membantu saya untuk membuat ulang kaji dengan lebih baik, menarik dan tidak membosankan. Pakej ini juga membolehkan ibubapa saya melihat prestasi pencapaian setiap matapelajaran yang saya buat. Pakej ini juga membolehkan saya meningkatkan kemahiran untuk menggunakan komputer dengan lebih baik lagi. Mengenai tahap soalan Battle of the brains, saya dapati soalan pada set pertama agak susah sedikit berbanding dengan set yang kedua. Namun saya amat gembira kerana ada beberapa soalan yang terdapat dalam ujian tersebut belum pernah diberikan oleh guru atau mana-mana soalan latihan dalam buku yang saya buat. Ini membuka minda saya untuk menyiapkan diri dengan lengkap lagi ke arah persediaan menjelang UPSR 2007 yang hanya tinggal 69 hari lagi. Justeru, saya berharap pihak tutor dapat mengadakan lebih banyak sesi ujian percubaan online untuk saya dan rakan-rakan yang akan mengambil UPSR tahun ini. Nur Adnin Shereen binti A.Halim |
Saya berpendapat Pakej Pembelajaran dan Penilaian Online Tutor.Com.My ini sangat membantu saya didalam penyediaan saya menghadapi peperiksaan UPSR saya. Dengan selalu melakukan latihan bertubi, saya berharap dapat menambahkan persediaan saya menghadapinya nanti. Bagi Battle of the Brains pula, soalan-soalan yang diberikan amat mencabar keupayaan saya dan saya ingin terus mengambil bahagian sekiranya diberikan peluang lagi. Hariz Kamaruddin |
Pakej Pembelajaran dan Penilaian Online Tutor. Com.My serba sedikit dapat membantu anak saya belajar dengan baik. Saya percaya jika beliau rajin mengulangkaji dan membuat soalan yang terdapat dalam pakej tersebut, prestasinya akan meningkat keseluruhannya. Pakej ini meliputi keseluruhan subjek yang terdapat dalam peperiksaan. Pakej ini juga dapat membantu dan menguji setakat mana pemahaman yang diperolehi pelajar dalam merialisasikan kejayaan yang cemerlang. Soalan-soalan Battle of the Brains amat mencabar secara keseluruhannya. Saya juga ingin mencadangkan lebih banyak Battle of the Brains dijalankan untuk mengukur persediaan pelajar sebelum peperiksaan sebenar. Amsyar Arif Bukhary |
Saya akan menduduki peperiksaan PMR pada tahun 2008. Peperiksaan adalah sesuatu yang amat menakutkan setiap pelajar terutamanya jika kita tidak bersedia. Saya menggunakan Pakej Pembelajaran dan Penilaian Online Tutor. Com.My hampir setiap hari. Kelebihan portal ini ialah mengandungi kedua-dua jenis soalan objektif dan subjektif yang tidak boleh diperolehi melalui portal lain . Skima jawapan yang disediakan memudahkan saya melatih diri menjawab dengan cara yang betul seperti dikehendaki. Pembelajaran secara online sungguh mudah dan berkesan. Rekod pencapaian saya sentiasa dikemaskini sepanjang masa melalui e-kad laporan secara automatik. Kelemahan saya dalam topik tertentu dapat dikesan dengan mudah dan langkah-langkah mengatasinya melalui latihan topikal dan ujian penilaian dalam talian dapat dibuat dengan cepat. Saya tidak menghadapi masalah untuk memahami subjek Science dan Mathematics yang diajar oleh guru dalam kelas walau pun ia dalam Bahasa Inggeris kerana saya sentiasa membuat persediaan awal melalui nota dalam talian yang begitu lengkap dan menarik. Saya tidak perlu membuat nota tambahan kerana nota-nota tersebut boleh dicetak pada bila-bila masa. Tiada tekanan mental semasa belajar.Saya rasa selesa dengan kaedah pembelajaran secara online ini. Selain dari saya , kakak saya Noor Sabariah yang akan menduduki peperiksaan SPM hujung tahun 2007 ini turut menggunakannya. Kami berterima kasih kepada kedua ibu bapa kami yang begitu perihatin dan sudi melanggan pakej ini untuk membantu kami. Pada saya setiap ibu bapa perlu memikirkan perkara secara serius Muhammad Hakim Azmi |