![]() |
BAHAN ETUISYEN
|
TESTIMONIAL AHLI PROFESIONAL
Pakej Pembelajaran dan Penilaian Online Tutor. Com.My merupakan kaedah tuisyen secara atas talian yang lengkap dengan latihan dan rujukan untuk pelajar .Kita tidak lagi perlu membeli buku-buku rujukan yang kita sendiri tidak tahu sama ada digunakan sepenuhnya oleh pihak sekolah. Program ini baik dan dapat membantu pelajar. Setiap pelajar perlu memilikinya PROF MADYA DR MOHAMAD ALI HASAN |
Pakej Pembelajaran dan Penilaian Online Tutor. Com.My adalah portal pendidikan yang paling komprehensif dan lengkap sebagai kaedah pembelajaran kendiri. Latihan secara topikal dapat membantu pelajar memahami apa yang diajar oleh guru dalam kelas. Ujian penilaian secara online dapat memberi peluang kepada pelajar menguji tahap kefahaman dalam setiap subjek. Nota dan panduan jawapan yang disediakan memudahkan pelajar membuat rujukan secara cepat. Bagi ibu bapa dan guru , saya yakin mereka akan gembira kerana portal ini mengandungi kaedah pemantauan secara sistematik yang boleh diakses melalui internet pada bila-bila masa dan dimana juga mereka berada . Proses pembelajaran menggunakan portal ini begitu menyeronokan dan pelajar akan mendapat galakan secara berterusan. Jika digunakan secara meluas di sekolah , saya yakin ia dapat merapatkan jurang pendidikan antara sekolah bandar dan luar bandar. Merupakan kaedah paling cepat dan berkesan untuk menyemai budaya celik komputer dikalangan pelajar dan warga sekolah . Kos langganan bersamaan dengan RM 10.00 sebulan untuk semua subjek utama adalah munasabah dan kebanyakan pelajar mampu memilikinya. Pihak sekolah wajar menyediakan program ini untuk rujukan pelajar disemua pusat akses sekolah. Bank soalan dengan lebih dari 65,000 soalan membolehkan pelajar membuat latih-tubi secara berterusan . Kementerian Pelajaran perlu menilai kewajaran penggunaan portal ini bagi membantu pelajar dan guru di sekolah
PROF MADYA DATO. DR. ABD RAHMAN DAUD |
Selama ini saya melatih pelajar motivasi saya tentang strategi pembelajaran aktif yang menekankan proses pembelajaran output. Apa yang disediakan oleh pakej ini membuatkan pembelajaran output ini menjadi lebih interaktif, menyeronokkan dan efektif hinggakan mereka boleh belajar berjam-jam tanpa rasa jemu. DR. TENGKU ASMADI TENGKU MOHAMAD |